Masjid Albukhary merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar. Masjid ini dibina sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. Majlis pecah tanah telah dilakukan pada 15 Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembinaan bermula pada Mac 2000. Perasmian masjid ini disempunakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422H. Masjid ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Albukhary seramai 13 orang yang terdiri dari gabungan tiga pihak iaitu pihak Yayasan Albukhary, Jawatankuasa Kariah Alor Malai dan Pegawai Masjid

Lihat Peta Sempadan
http://localhost/web-albukhary/home/articles/pelan-sempadan-kariah-masjid-albukhary